↧
13 Kejutan Anwar Ibrahim dan PR Menjelang Pilihan Raya Ke-13
↧
Bukti Pembongkaran Kebenaran Peristiwa Memali
Hakikat kebenaran semakin jelas di depan mata. Jangan lagi semua tuduhan terus dilemparkan kepada UMNO semata-mata. Ternyata Amanat Hadi terbukti telah menyebabkan perpecahan kepada umat Islam dan membawa kepada insiden berdarah Peristiwa Memali.
Bila agak-agaknya Abdul Hadi Awang, Presiden Pas akan memohon maaf atas ketelanjuran kata-katanya yang menyebabkan perbelahan dan perpecahan umat Islam?
Bila agak-agaknya Abdul Hadi Awang, Presiden Pas akan memohon maaf atas ketelanjuran kata-katanya yang menyebabkan perbelahan dan perpecahan umat Islam?
↧
↧
Kebebasan Media Di Malaysia, Dimanakah Letaknya?
Seringkali kita dimomokkan oleh pemimpin pembangkang bahawa kerajaan Malaysia bertindak zalim dengan menyekat kebebasan media dan menghalang pemimpin pembangkang untuk muncul di kaca televisyen ataupun diwawancara akhbar pro-kerajaan.
Namun tanpa rakyat fahami, kewujudan perkataan "KEBEBASAN MEDIA" sebenarnya hanya sebuah teori bersifat idealistik dan non-praktikal. Tetapi disebabkan rakyat disogok dengan makna kebebasan media yang salah, maka wujud golongan rakyat yang menuduh kerajaan sebagai tidak berlaku adil dan menyekat kebebasan kepada pihak pembangkang untuk tampil dalam media milik kerajaan dan pro-kerajaan.
Rakyat seharusnya diberitahu bahawa mana-mana organisasi media di dunia ini dipacu mengikut sistem politik negara berkenaan. Mengambil contoh sistem media di negara Korea Utara, organisasi media di Korea Utara mengamalkan sistem media komunis berdasarkan kepada sistem negara Korea Utara sendiri bersifat komunisme.
Di Malaysia, organisasi media di negara kita mengamalkan sistem social-responsible media. Dalam erti kata lain, media di Malaysia memainkan peranan untuk memastikan keadaan masyarakat sentiasa aman, tiada perbalahan antara kelompok masyarakat dan menjaga kepentingan semua rakyat secara saksama, disamping memastikan konsep demokrasi terpimpin berjaya dipertahankan.
Namun serangan pihak pembangkang terhadap sistem media ini menyebabkan sebilangan rakyat beranggapan kerajaan sengaja menghalang pemimpin pembangkang untuk muncul di kaca televisyen, bersiaran di radio ataupun dipaparkan dalam akhbar milik kerajaan dan pro-kerajaan. Hakikatnya sebahagian besar tindakan kerajaan itu berasas disebabkan keperluan semasa negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan mempunyai pecahan agama pelbagai.
Ironinya, media pro-pembangkang sendiri tidak pernah memberikan apa-apa kelebihan kepada pihak kerajaan untuk menyalurkan maklumat dan menjelaskan sesuatu isu. Malah media pro-pembangkang dilihat begitu agresif mengasak kerajaan hinggakan sebahagian besar laporan diberikan tidak bersifat tepat dan diselit dengan tuduhan liar tanpa sebarang bukti.
Kerajaan telah bertindak sebaik mungkin memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk mewujudkan organisasi media mereka sendiri. Buktinya hari ini, media seperti Harakah dan Suara Keadilan masih bebas dijual tanpa sebarang pemantauan ketat daripada kerajaan. Malah media pro-pembangkang ternyata tidak mengutamakan sifat kritis dan kritikal dalam olahan, sebaliknya cuma bijak mengeluarkan dakwaan-dakwaan palsu untuk memburuk-burukkan kerajaan.
Beginikah mentaliti kebebasan media apabila setiap
soalan diajukan wartawan dibalas dengan ugutan saman?
Agenda dibawakan media pro-pembangkang bukan bersifat mendidik seperti media pro-kerajaan yang melaporkan segenap berita termasuklah perkembangan semasa ekonomi negara, sukan, politik, pendidikan malah industri hiburan tanah air.
Sebaliknya media pembangkang hanya menyelitkan elemen kebencian, permusuhan dan bunga-bunga pertelingkahan yang akhirnya menjerumus masyarakat ke dalam kancah perpecahan. Persoalannya, adakah media begini dianggap bertanggungjawab?
Benar, media berperanan sebagai democracy watchdog. Namun dalam sebuah negara berbilang kaum, perpaduan dan persefahaman sesama anggota masyarakat lebih penting berbanding hanya mengutamakan soal mengekalkan kepentingan politik pemimpin dalam kerajaan dan pembangkang semata-mata.
Maka tindakan kerajaan mengekang sebahagian penyebaran maklumat dan hebahan oleh pihak pembangkang sebenarnya perlu dalam memastikan tiada elemen yang mampu mencetuskan sebarang kekeruhan timbul.
Sudah sampai masanya rakyat membuka mata bahawa kebebasan media di negara ini cukup luas apabila kerajaan tidak menyekat sebarang sebaran maklumat di laman maya ('internet'). Malah kewujudan media-media pro-pembangkang di laman sesawang rasanya sudah mencukupi untuk menabur fitnah dan tohmahan kepada pihak kerajaan, disamping memberikan "good factor" kepada pemimpin pembangkang.
Malah kebenaran untuk menerbitkan Suara Keadilan dan Harakah sebagai medium bercetak juga memberi peluang kepada pihak pembangkang untuk "menyuarakan" ketidakpuashatian dan menegur kelemahan pihak kerajaan. Walau bagaimanapun ternyata Harakah dan Suara Keadilan tidak digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya cuma digunakan untuk menyebarkan fitnah dan mengadu-domba kalangan rakyat.
Dimanakah kebebasan media, Rafizi oiiii?
Apa-apa pun, rakyat harus sedar bahawa kerajaan telah berlaku adil dengan memberikan ruang kepada pihak pembangkang untuk memiliki organisasi media mereka sendiri. Dan pihak pembangkang tidak harus terus menyalak mempersalahkan pihak kerajaan dengan mendakwa ruang dimiliki mereka untuk menyebarkan ideologi adalah terhad. Sebaliknya pemimpin pembangkang sendiri perlu bijak memikirkan langkah yang perlu untuk menyampaikan mesej kita, bukan hanya pandai mencari salah pihak lain.
↧
Pembongkaran Peristiwa Memali Bikin Penyokong Pembangkang Panas
Semalam Wak ada menyiarkan video Pembongkaran Kebenaran Memali [Bahagian 1] melalui Youtube, Facebook dan blog ini. Bukan mahu mengaibkan sesiapa dalam hal ini, Wak cuma mahu kita sama-sama berfikir secara terbuka dan waras mengenai insiden berdarah ini secara fakta.
Dalam video Bahagian 1 itu, ada diselitkan wawancara dengan bapa kepada allahyarham Ibrahim Libya, pengerak utama dalam Peristiwa Memali. Dan ternyata bapa Ibrahim Libya sendiri redha dengan ketentuan Allah SWT dan tindakan yang terpaksa diambil kerajaan bagi menghalang fahaman ekstremis.
Dalam video Bahagian 1 itu, ada diselitkan wawancara dengan bapa kepada allahyarham Ibrahim Libya, pengerak utama dalam Peristiwa Memali. Dan ternyata bapa Ibrahim Libya sendiri redha dengan ketentuan Allah SWT dan tindakan yang terpaksa diambil kerajaan bagi menghalang fahaman ekstremis.
Hari ini Wak menyiarkan pula video Pembongkaran Kebenaran Memali [Bahagian 2] sebagai susulan kepada video Bahagian 1. Wak tidak memiliki hak cipta ke atas video-video ini, Wak cuma membantu menyebarluas video ini agar rakyat boleh menilai sendiri hakikat sebenar kejadian Memali.
Bukan mahu membela mana-mana pihak terutama kerajaan kerana Wak merasakan ada juga kesilapan di pihak kerajaan sehingga menyebabkan pertumpahan darah. Cuma Wak mahu kita sama-sama "melihat" kebenaran mengenai kejadian tersebut yang berpunca dari Amanat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menyebabkan sebahagian pengikutnya menjadi taksub dan sanggup mengisyitharkan perang terhadap kerajaan.
Jelas, Amanat yang berbaur hasutan ini telah menyebabkan Ibrahim Libya dan para pengikutnya bertindak melawan pihak kerajaan dan anggota keselamata kerana mendakwa kerajaan negara ini tidak Islamik dan dipimpin UMNO. Baca sahaja kenyataan Abdul Hadi dalam Amanat tersebut yang berbunyi;

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Sudah terang lagi bersuluh, siapa yang menyarankan pengikut Pas ketika itu "BERJIHAD"? Berjihad dengan cara apa? Berparang? Berpedang?
Wak sudah menyiarkan video di atas di dalam laman Facebook Wak Canang dan responnya seperti yang dijangkakan. Penyokong pembangkang ternyata kurang senang dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan semata-mata demi menutupi kebobrokan Amanat Abdul Hadi itu sendiri.
Wak sudah menyiarkan video di atas di dalam laman Facebook Wak Canang dan responnya seperti yang dijangkakan. Penyokong pembangkang ternyata kurang senang dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan semata-mata demi menutupi kebobrokan Amanat Abdul Hadi itu sendiri.
Apa-apa pun, Wak sentiasa berdoa agar para mangsa Memali yang terkorban dalam Peristiwa itu akan ditempatkan kalangan orang yang solleh. Namun yang paling Wak kesalkan, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang sehingga ke saat ini masih belum menarik balik Amanatnya yang telah menyebabkan umat Islam dan orang Melayu berpecah-belah dan saling bermusuhan.
↧
Catatan Pendek Sepanjang Perjalanan Anwar Ke Putrajaya
Dalam kemelut dan hasrat untuk menukar kerajaan sedia ada, penyokong pembangkang ternyata menyanggupi apa-apa jua helah dan masalah yang dihadapi pemimpin mereka, waima pemimpin tersebut dikaitkan dengan pelbagai masalah moral.
Natijahnya segala yang dilakukan pemimpin pembangkang ternyata baik di mata mereka hatta perilaku seks songsang pun sanggup dihalalkan demi memastikan Pakatan Pembangkang berjaya menuju ke Putrajaya.
Lihat sahaja tweet yang dihantar penyokong pembangkang
menyatakan sokongan terhadap apa-apa jua tindakan Anwar Ibrahim
hatta mengamalkan gaya hidup gay.
Siapa yang tidak kenal Anwar Ibrahim semasa dalam UMNO? Cita-cita tingginya untuk menjadi Perdana Menteri menyebabkan dia sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan matlamatnya tercapai.
Hakikatnya Anwar sememangnya pemimpin paling bermasalah pernah dilahirkan UMNO. Hatta pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Dr. Mahathir (ketika itu Perdana Menteri Malaysia) merupakan tindakan bijak bagi menyelamatkan negara ke kancah korupsi lebih teruk.
Bukan menzahirkan pemimpin UMNO sebagai pemimpin sempurna tanpa sebarang cacat-cela, namun jika dibandingkan Anwar dengan pemimpin UMNO sedia ada, ternyata Anwar mempunyai masalah moral dan korupsi lebih parah daripada mana-mana pemimpin yang hadir dalam lanskap politik negara.
Anwar Ibrahim bukan sekadar pencatur politik yang cukup licik. Malah Anwar merupakan individu terawal memperkenalkan budaya kotor dalam arena politik Malaysia demi memastikan agendanya tercapai. Buktinya Tun Ghafar Baba menjadi mangsa kerakusan Anwar untuk mencapai cita-citanya apabila Anwar sanggup menggunakan wang sebagai daya tarikan dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993. Maka bermula era itu, politik wang menjadi budaya sebahagian besar pemimpin parti politik sehingga ke hari ini.
Anwar Ibrahim merupakan antara individu kesayangan Tun Dr Mahathir
semasa dia di dalam UMNO. Namun tanpa disedari, Anwarlah juga gunting dalam lipatan.
Tidak cukup dengan merebut jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO secara jijik, Anwar merasakan perlu baginya untuk memastikan kedudukan sedia ada tidak dicabar mana-mana pihak. Maka Anwar pun memulakan rancangan-rancangan licik bagi memastikan saingannya dalam UMNO turut berkubur. Disusun strategi kotor bagi memastikan pemimpin terutama dari Kem Ghafar Baba terus lenyap ataupun tidak berani bersemuka dengannya.
Maka satu per satu, pemimpin dalam UMNO "dibeli" Anwar dalam memastikan ruang persaingan semakin berkurangan. Namun kemunculan Rahim Thamby Chik, anak muda dari Melaka yang begitu berpengaruh dalam sayap Pemuda UMNO dilihat begitu sukar dikawal. Rahim yang menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO ternyata mempunyai karisma dan sokongan golongan muda hinggakan Rahim dilihat juga mempunyai potensi untuk mencabar kedudukan Anwar.
Maka pada tahun 1994, secara "tiba-tiba" muncul tuduhan liar mendakwa Rahim terlibat dalam kes rogol seorang gadis di bawah umur. Dan Anwar melakukan tindakan drastik dengan memanggil Rahim dan meminta Ketua Pemuda UMNO itu meletakkan jawatan dalam parti serta-merta bagi menjaga imej UMNO. Tanpa sebarang pembelaan dan kes itu belum diputuskan apa-apa oleh mahkamah, Anwar "bertindak" sebagai hakim dan pemutus cara untuk mendesak Rahim berundur daripada arena politik. Persoalannya, adakah skandal seks ini satu kebetulan atau sememangnya dirancang di saat Anwar perlu "mendiamkan" Rahim Thamby Chik?
Rahim, antara mangsa perancangan politik Anwar. Jadi tidak hairanlah
seandainya Rahim tiba-tiba muncul sebagai trio Datuk-T untuk mendedahkan
skandal seks Anwar dan seorang perempuan China atau "Chinadoll"s
Namun Rahim tidak terus mengalah dan meneruskan tugasnya sebagai Ketua Pemuda sehingga tahun 1996 sebelum karier politiknya dalam UMNO dilihat mula malap. Dan bermulanya dengan kes Rahim Thamby Chik itu, maka bermula era SKANDAL SEKS dijadikan kaedah untuk menjatuhkan pemimpin. Siapakah pencetusnya?
Cita-cita besar Anwar yang mahu segera menjawat jawatan Perdana Menteri semakin meruap-ruapnya. Tanpa berlenggah lagi, Anwar mula mencipta budaya kronisme secara tebal dalam UMNO dengan menyediakan ruang kepada pemimpin-pemimpin pro-nya untuk memanjat jawatan demi jawatan dalam parti.
Zahid Hamidi, anak muda yang dilihat begitu pro kepada Anwar dan lantang bersuara harus mengetuai sayap berpengaruh dalam parti. "Tangan-tangan ghaib" Anwar mula memainkan peranan bagu memastikan anak muda itu menang dalam pemilihan Pemuda UMNO. Maka pada tahun 1996, Zahid Hamidi dengan selesanya memenangi jawatan Ketua Pemuda.
Anwar mula menyusun gerakan untuk memastikan semua pemimpin pro kepadanya berada pada kedudukan selesa dalam kancah politik tanah air. Cita-citanya besar harus direalisasikan secepat mungkin. Dan semua pihak harus digunakan secara maksimum. Maka muncul golongan pendesak dalam UMNO yang lantang mengkritik Presiden parti ketika itu, Tun Dr. Mahathir dan dasar yang dilaksanakan pemimpin itu sehingga memperlihatkan Mahathir begitu lemah dan mengalih gelombang kepercayaan rakyat kepada Anwar.
Berbekal sokongan rakyat yang semakin padu, Anwar tidak takut menongkah arus. Malah kelicikan Anwar terpadam begitu sahaja apabila nilai "Islamisasi" dibawakan Anwar dilihat lebih dominan terutama apabila nama ABIM dilihat begitu menepek dan mempengaruhi karier politik Anwar. Anwar semakin galak untuk memastikan cita-citanya segera tercapai.
Namun ujian terbesar Anwar apabila Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997 mempertontonkan kelemahan Anwar menguruskan ekonomi. Hasilnya Bursa Malaysia ditutup pada kadar terendah dalam sejarah semasa Anwar menjawat jawatan Menteri Kewangan. Banyak syarikat yang terpaksa ditutup dan pengangguran negara meningkat ketika itu.
Tindakan Anwar yang mahu meminjam dari International Monetary Fund (IMF) bagi mengeluarkan negara dari kemelut ekonomi ditentang hebat Tun Dr. Mahathir. Anwar sanggup membelakangkan Tun Dr Mahathir yang menjawat jawatan Perdana Menteri ketika itu apabila Anwar bertindak sendirian mengeluarkan kenyataan media berhubung keputusan Malaysia untuk meminjam daripada IMF.
Mahathir mula mengesan "sesuatu" tentang Anwar. Maka Mahathir mula memanggil Tun Daim Zainuddin bagi menyandang jawatan Menteri Kewangan sementara bagi menggantikan Anwar. Melihat tindakan Mahathir yang mula hilang kepercayaan terhadapnya, Anwar merancang tindakan untuk menjatuhkan Mahathir. Maka sekali lagi, Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin "dipaksa" untuk menghentam Tun Dr Mahathir sehingga menghakis kepercayaan rakyat terhadap pemimpin nombor satu negara ketika itu.
Namun tindakan Anwar akhirnya memakan diri sendiri apabila Mahathir berjaya mengesan gerak kerja Anwar dalam UMNO. Rasuah, kronisme dan korupsi Anwar dilihat begitu berbahaya kepada visi Mahathir. Maka pada 2 September 1998, Mahathir telah mengambil keputusan memecat Anwar daripada kerajaan dan mengambil alih semula pentadbiran kewangan negara sepenuhnya.
Anwar tidak senang dengan pemecatan tersebut dan merasakan sokongan rakyat terhadapnya begitu kuat, dia cuba mencetuskan gelombang Reformasi yang belum pernah diciptakan mana-mana pemimpin sebelum itu. Keadaan huru-hara dan budaya politik jalanan mula mewarnai wajah politik negara semenjak itu.
Walaup bagaimanapun, gelombang dicipta Anwar tidak merebak lebih parah terutama apabila dia dihadapkan ke mahkamah dan disabitkan dengan jenayah rasuah dan dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Namun semenjak keluar daripada penjara pada 2006, ternyata Anwar sekali cuba mencetuskan gelombang yang sama memandangkan budaya politik jalanan sudah begitu bersebati dalam diri Anwar. Maka dari situ bermulanya insiden-insiden demonstrasi termasuk demonstrasi Bersih, Himpunan Kebangkitan Rakyat dan lain-lain lagi.
Sehingga ke hari ini, Anwar masih cuba merealisasikan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri dengan mempengaruhi pemikiran sebahagian rakyat. Pelbagai perancangan licik dilakukan bagi memastikan dia berjaya duduk di kerusi empuk Putrajaya. Dan seandainya Anwar berjaya mencapai cita-citanya, maka rakyat Malaysia bakal menerima seorang Perdana Menteri paling korupsi, tidak bermoral dan paling licik dalam sejarah politik negera ini.
Apa-apa pun, Wak berdoa semoga impian Anwar akan berkubur dalam Pilihanraya ini sementelaah Anwar juga telah "berjanji" mahu terus bersara daripada arena politik seandainya dia tidak berjaya membawa Pakatan Pembangkang ke Putrajaya. Sama-sama kita doakan.
Zahid Hamidi, anak muda yang dilihat begitu pro kepada Anwar dan lantang bersuara harus mengetuai sayap berpengaruh dalam parti. "Tangan-tangan ghaib" Anwar mula memainkan peranan bagu memastikan anak muda itu menang dalam pemilihan Pemuda UMNO. Maka pada tahun 1996, Zahid Hamidi dengan selesanya memenangi jawatan Ketua Pemuda.
Zahid Hamidi pernah dikritik hebat kerana dilihat begitu pro kepada Anwar.
Anwar mula menyusun gerakan untuk memastikan semua pemimpin pro kepadanya berada pada kedudukan selesa dalam kancah politik tanah air. Cita-citanya besar harus direalisasikan secepat mungkin. Dan semua pihak harus digunakan secara maksimum. Maka muncul golongan pendesak dalam UMNO yang lantang mengkritik Presiden parti ketika itu, Tun Dr. Mahathir dan dasar yang dilaksanakan pemimpin itu sehingga memperlihatkan Mahathir begitu lemah dan mengalih gelombang kepercayaan rakyat kepada Anwar.
Berbekal sokongan rakyat yang semakin padu, Anwar tidak takut menongkah arus. Malah kelicikan Anwar terpadam begitu sahaja apabila nilai "Islamisasi" dibawakan Anwar dilihat lebih dominan terutama apabila nama ABIM dilihat begitu menepek dan mempengaruhi karier politik Anwar. Anwar semakin galak untuk memastikan cita-citanya segera tercapai.
Namun ujian terbesar Anwar apabila Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997 mempertontonkan kelemahan Anwar menguruskan ekonomi. Hasilnya Bursa Malaysia ditutup pada kadar terendah dalam sejarah semasa Anwar menjawat jawatan Menteri Kewangan. Banyak syarikat yang terpaksa ditutup dan pengangguran negara meningkat ketika itu.
Tindakan Anwar yang mahu meminjam dari International Monetary Fund (IMF) bagi mengeluarkan negara dari kemelut ekonomi ditentang hebat Tun Dr. Mahathir. Anwar sanggup membelakangkan Tun Dr Mahathir yang menjawat jawatan Perdana Menteri ketika itu apabila Anwar bertindak sendirian mengeluarkan kenyataan media berhubung keputusan Malaysia untuk meminjam daripada IMF.
Mahathir mula mengesan "sesuatu" tentang Anwar. Maka Mahathir mula memanggil Tun Daim Zainuddin bagi menyandang jawatan Menteri Kewangan sementara bagi menggantikan Anwar. Melihat tindakan Mahathir yang mula hilang kepercayaan terhadapnya, Anwar merancang tindakan untuk menjatuhkan Mahathir. Maka sekali lagi, Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin "dipaksa" untuk menghentam Tun Dr Mahathir sehingga menghakis kepercayaan rakyat terhadap pemimpin nombor satu negara ketika itu.
Namun tindakan Anwar akhirnya memakan diri sendiri apabila Mahathir berjaya mengesan gerak kerja Anwar dalam UMNO. Rasuah, kronisme dan korupsi Anwar dilihat begitu berbahaya kepada visi Mahathir. Maka pada 2 September 1998, Mahathir telah mengambil keputusan memecat Anwar daripada kerajaan dan mengambil alih semula pentadbiran kewangan negara sepenuhnya.
Anwar tidak senang dengan pemecatan tersebut dan merasakan sokongan rakyat terhadapnya begitu kuat, dia cuba mencetuskan gelombang Reformasi yang belum pernah diciptakan mana-mana pemimpin sebelum itu. Keadaan huru-hara dan budaya politik jalanan mula mewarnai wajah politik negara semenjak itu.
Anwar selepas dipecat daripada kerajaan. Mengapa Anwar tidak bertindak seperti
Tun Musa Hitam dan Tun Ghafar Baba dengan tidak mencetuskan sebarang
kekecohan selepas dilucutkan jawatan?
Sehingga ke hari ini, Anwar masih cuba merealisasikan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri dengan mempengaruhi pemikiran sebahagian rakyat. Pelbagai perancangan licik dilakukan bagi memastikan dia berjaya duduk di kerusi empuk Putrajaya. Dan seandainya Anwar berjaya mencapai cita-citanya, maka rakyat Malaysia bakal menerima seorang Perdana Menteri paling korupsi, tidak bermoral dan paling licik dalam sejarah politik negera ini.
Apa-apa pun, Wak berdoa semoga impian Anwar akan berkubur dalam Pilihanraya ini sementelaah Anwar juga telah "berjanji" mahu terus bersara daripada arena politik seandainya dia tidak berjaya membawa Pakatan Pembangkang ke Putrajaya. Sama-sama kita doakan.
↧
↧
Rafizi Kantoi Lagi! Semua Janji Hanya Mimpi
Mungkin belum terlewat untuk kita sama-sama mengingat kembali segala "janji" Rafizi Ramli, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyatakan seandainya Pakatan Pembangkang dapat memerintah, mereka akan menurunkan harga minyak, harga barang runcit dan harga kereta.
Namun tidak dijelaskan kepada rakyat pendekatan yang bakal dilaksanakan pihak pembangkang dalam menurunkan harga-harga tersebut. Sebaliknya, Rafizi cuma menyebut angka-angka bernilai bilion ringgit untuk mengaburi mata rakyat.
Apa-apa pun, mari sama-sama kita kaji kebenaran "janji" Pakatan Pembangkang - sama ada mampu dilaksanakan atau hanya sekadar janji.
Apa-apa pun, mari sama-sama kita kaji kebenaran "janji" Pakatan Pembangkang - sama ada mampu dilaksanakan atau hanya sekadar janji.
Ini baru beberapa "janji" yang dikaji secara ringkas. Andai dikaji lebih mendalam, Wak pasti lebih banyak kelemahan dalam janji-janji pembangkang itu sendiri hinggakan sebenarnya terbukti bahawa janji pemimpin pembangkang cuma bersandarkan kepada air liur.
Benarlah kata mereka sendiri; "Manifesto bukan janji."
↧
Video Terbaru Dedahkan Anwar Agen CIA?
Memang lawak, itulah yang boleh diterangkan apabila menonton video terbaru mirip kepada seorang pemimpin pembangkang. Ternyata video ini telah berjaya membongkar rahsia terbesar individu tersebut yang selama ini cuba disembunyikan.
Apa-apa pun, kita berhibur dahulu dengan video ini. Kepada pemimpin tersebut, tolong jangan saman Wak, Wak orang miskin sebab Wak bukan ditaja oleh sesiapa, hatta Yahudi Zionis.
↧
Lewat Bubar Parlimen, Pembangkang Makin Kecut Perut
Sehingga ke hari ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Perdana Menteri mengenai tarikh pembubaran parlimen, sementelaah pula pihak pembangkang terus mengasak kerajaan dengan pelbagai tuduhan apabila Perdana Menteri sendiri seperti bermain teka-teki mengenai tarikh tersebut.
Walaupun pelbagai tohmahan dan cacian dilemparkan terhadap kerajaan kerana masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berlaku pembubaran parlimen dalam jangka masa terdekat. Hakikatnya pemimpin pembangkang kini benar-benar dalam keadaan tertekan apabila menghampiri tarikh pembubaran parlimen, pelbagai kebobrokan mereka pula terdedah.
Satu demi satu kebincangan dalam kepimpinan pembangkang terselak membuatkan rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pakatan Pembangkang, dibuktikan melalui sambutan dingin rakyat terhadap program-program anjuran pembangkang.
Malah program anjuran Barisan Nasional pula diberikan perhatian dan jumlah kehadirannya semakin meningkat dan terus meningkat. Terbaru program Bicara Perdana bersama Tun Dr Mahathir di Johor Bahru membuktikan bahawa BN dan UMNO masih mendapat tempat di hati masyarakat dengan kehadiran yang cukup membikin Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya tidak mampu tidur lena.
Sebenarnya pembangkang semakin kehabisan strategi terutama apabila jangkaan-jangkaan mereka tentang tarikh pembubaran parlimen dan pilihanraya umum meleset. Ditambah pula dengan "pelaburan-pelaburan besar" mereka untuk menjayakan perancangan tertentu hanya menghasilkan "pulangan" jangka pendek dan bukan jangka panjang seperti diharapkan.
Terbaru pendedahan masalah moral Pakatan Pembangkang oleh beberapa blogger pro-UMNO membuatkan mereka semakin kehilangan arah ketika tarikh pilihanraya belum lagi menampakkan angkanya. Dan dalam keadaan begini, mampukah pemimpin pembangkang menunggu lebih lama untuk Parlimen dibubarkan seandainya segala tindakan mereka membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan semakin kehilangan impak?
Ternyata pemimpin pembangkang tidak mampu menunggu lebih lama. Malah kenyataan terbaru Tun Daim Zainuddin yang disiarkan akhbar China Press mengenai jangkaan kemenangan besar Barisan Nasional pasti mengusarkan Anwar Ibrahim ketika ini, lebih-lebih lagi Anwar cukup mengenali "ketepatan ramalan" Daim.

Sudah masanya, penyokong-penyokong UMNO dan rakyat membiarkan tarikh pembubaran parlimen dan tarikh pilihanraya umum diserahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri dan Duli Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong. Biarlah apa-apa pun tohmahan yang akan dilemparkan pemimpin dan penyokong pembangkang kepada UMNO dan Barisan Nasional kerana sebenarnya pemimpin Pakatan Pembangkang ternyata semakin tersepit apabila DS Najib terus membiarkan mereka berteka-teki dengan tarikh-tarikh tersebut.
Rakyat harus faham bahawa sekarang tindakan tersebut membuktikan keberanian Dato' Seri Najib untuk menyanggah desakan pembangkang dan tidak lagi tunduk terhadap tekanan diberikan mereka.
Sudah masanya, semua pihak terutama kalangan pemimpin dan penyokong UMNO-Barisan Nasional berada di belakang DS Najib mempertahankan hak BN untuk berbakti kepada rakyat sehingga habis tempoh diberikan dan bukan termakan hasutan pembangkang untuk menyegerakan pilihanraya kerana sudah kehabisan modal.
Rakyat harus faham bahawa sekarang tindakan tersebut membuktikan keberanian Dato' Seri Najib untuk menyanggah desakan pembangkang dan tidak lagi tunduk terhadap tekanan diberikan mereka.
Sudah masanya, semua pihak terutama kalangan pemimpin dan penyokong UMNO-Barisan Nasional berada di belakang DS Najib mempertahankan hak BN untuk berbakti kepada rakyat sehingga habis tempoh diberikan dan bukan termakan hasutan pembangkang untuk menyegerakan pilihanraya kerana sudah kehabisan modal.
↧
Parlimen Bubar, Masa Untuk Jentera Parti Bekerja
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak usai mengumumkan Pembubaran Dewan Rakyat melalui saluran TV1, 11.30 pagi tadi.
Maka jentera parti, sama ada pembangkang mahupun kerajaan. Ayuh, bangkit dan mulakan persiapan menghadapi pilihanraya umum ini. Kita buktikan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing di kertas undi nanti.
Sekarang kita tunggu pula pengumuman tarikh pilihanraya yang dijangka bakal diadakan dalam masa 60 hari dari sekarang.
Sekarang kita tunggu pula pengumuman tarikh pilihanraya yang dijangka bakal diadakan dalam masa 60 hari dari sekarang.
↧
↧
Selamatkan Selangor Himpun Lebih 15,000 Rakyat!
Program Selamatkan Selangor anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dengan kerjasama NGO pro-kerajaan ternyata mendapat sambutan hangat rakyat negeri ini apabila berjaya menghimpunkan lebih 15,000 orang di perkarangan padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, petang tadi.
Walaupun hujan turun lebat semasa program berlangsung, namun khalyak tidak berganjak daripada kerusi dan terus tekun mendengar amanat pemimpin termasuk dari Naib Presiden PERKASA, Zulkifli Nordin, Presiden PERKASA, Dato' Paduka Ibrahim Ali, Naib Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Dato' Seri Noh Omar dan tetamu khas, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Rata-rata rakyat ditemui menyatakan menyokong kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak dan akan menolak Pakatan Pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, memandangkan mandat yang telah diberikan mereka dalam pilihanraya lalu gagal digunakan pemimpin Pakatan Pembangkang untuk memperbaiki pentadbiran negeri ini.
Sebaliknya menurut mereka, pemimpin Pakatan hanya pandai menabur janji namun tidak mampu melaksanakan janji tersebut. Mereka juga menyatakan mual dengan sikap pemimpin pembangkang hanya tahu menyalahkan pihak lain dalam semua perkara.
Dalam program yang sama, Tun Mahathir turut menyelar Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana didakwa tidak lagi berkelayakan untuk melaksanakan pentadbiran. Malah Tun turut beranggapan bahawa Nik Aziz seharusnya mengundur diri daripada arena politik kerana terlalu tua dan nyanyuk.
↧
Kebebasan Media, Pembangkang Usah Berdolak-Dalik
Persoalan mengenai kebebasan media sering menjadi 'senjata ampuh' pihak pembangkang untuk menyerang kerajaan apabila kerajaan didakwa tidak memberikan sebarang platform kepada kepimpinan pembangkang dalam siaran televisyen, radio dan akhbar pro-kerajaan bagi menjawab isu-isu berbangkit.
Namun dalam sedar, pihak pembangkang sendiri menafikan hak kerajaan untuk menjawab isu-isu berbangkit berkaitan kerajaan di dalam mana-mana media pro-pembangkang. Adakah tindakan sebegini merupakan sebahagian daripada konsep keadilan dan kesaksamaan?
Konsep keadilan perlu difahami secara Islamisasi bahawa keadilan merujuk kepada meletakkan sesuatu atas hak mereka. Dan dalam memperkatakan mengenai kebebasan media, kerajaan sebenarnya telah bersikap adil dengan membenarkan pihak pembangkang mempunyai saluran media mereka sendiri.
Malah kebebasan media di Malaysia hari ini ternyata lebih baik daripada sedekad lalu apabila sebahagian besar tuduhan pembangkang terhadap kerajaan tidak dikenakan apa-apa tindakan perundangan waima tuduhan tersebut bersifat fitnah.
Sebaliknya apabila sebarang pendedahan dilakukan media pro-kerajaan, maka pemimpin pembangkang dengan pantasnya akan menuduh bahawa hal tersebut merupakan konspirasi terancang kerajaan, disamping mengambil tindakan drastik untuk mengugut organisasi media tersebut menggunakan pendekatan perundangan.
Sebaliknya apabila sebarang pendedahan dilakukan media pro-kerajaan, maka pemimpin pembangkang dengan pantasnya akan menuduh bahawa hal tersebut merupakan konspirasi terancang kerajaan, disamping mengambil tindakan drastik untuk mengugut organisasi media tersebut menggunakan pendekatan perundangan.
Tanpa segan silu, pihak pembangkang turut melancarkan kempen boikot terhadap beberapa organisasi media kerana kelihatan menyebelahi kerajaan, sehinggakan wakil media tersebut turut dihalang daripada menghadiri sebarang program anjuran pembangkang. Beginikah sifat 'kebebasan media' menurut perspektif pembangkang?
Ternyata dalam banyak hal berkaitan kebebasan media, pembangkang cuba untuk membaling batu lalu menyembunyikan tangan apabila menuduh kerajaan menghalang mereka untuk menggunakan saluran-saluran media pro-kerajaan. Walhal hakikatnya pembangkang sendiri tidak mempraktikasan kebebasan media dan tidak membuka ruang untuk kerajaan menjawab sebarang isu dalam media-media mereka.
↧
Bukti Sahih! Isu Cincin Rosmah Fitnah Pembangkang
Isu pembelian cincin bernilai RM24 juta yang didakwa dibeli isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor merupakan antara beberapa isu yang pernah mengegarkan lanskap politik negara apabila pembelian tersebut dilihat sebagai "bukti" sifat boros dan gemar berbelanja mewah Wanita Pertama Malaysia.
Walaupun beberapa penafian telah dibuat Datin Paduka Seri Rosmah sendiri bagi menyangkal dakwaan tersebut, namun ternyata sebahagian penyokong pembangkang tetap percaya dan menuduh isteri Perdana Menteri telah menggunakan wang negara untuk melakukan pembelian tersebut. Malah tanpa segan silu, beberapa pejuang siber pembangkang telah menggunakan kemahiran pengubahsuaian gambar bagi mengukuhkan dakwaan mereka.
Namun ternyata tuduhan tersebut merupakan fitnah jahat pembangkang untuk menjatuhkan kredibiliti isteri Perdana Menteri dengan menggunakan isu pembelian cincin yang tidak pernah berlaku. Apa-apa pun, mari sama-sama kita saksikan video kenyataan Philip Nassimi, Pengarah Jacob & Co bagi menjawab tuduhan tersebut;
↧
Khalid Ibrahim Cuba Rasuah Rakyat Selangor Agar Undi PR?
Setelah empat tahun dilancarkan, baru sekarang kerajaan Selangor bertindak menyerahkan sijil pelaburan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). Itu pun menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dimana rakyat akan membuang undi tidak lama lagi.
Tindakan kerajaan Selangor jelas membuktikan mereka tidak ikhlas dan ia merupakan agenda politik jahat untuk memancing undi rakyat demi meraih sokongan menjelang PRU-13.
Cuba bayangkan jika perkara ini dilakukan oleh pihak Barisan Nasional (BN), sudah tentu mereka riuh menuduh bahawa BN mengamalkan rasuah politik. Namun jika pakatan haram yang lakukan segala-galanya tidak mengapa. Lihatlah bagaimana jijiknya permainan politik pakatan haram yang sentiasa menipu rakyat.
Surat jemputan itu dikesan diedarkan pada semalam dimana sijil pelaburan Tawas akan diserahkan pada 21 April 2013 di AmBank cawangan Seksyen 13, Shah Alam.
Tawas diperkenalkan oleh kerajaan Selangor dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM100 dari kerajaan negeri yang dilaburkan menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas). Skim ini akan mengambil masa selama 17 tahun tempoh matang. Pada usia 17 tahun mereka yang didaftarkan melalui skim ini akan dibayar RM 1,500.00.
Namun pelaburan Tawas pernah dipersoalkan sebelum ini kerana pemohon tidak menerima sebarang bentuk pelaburan. Tawas juga tidak terlepas dari kontroversi kerana didakwa mencurigakan kerana wujud ketirisan dalam pengurusan pelaburan itu seperti dilaporkan dalam Laporan Audit 2011.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Khir Toyo juga pernah membangkitkan tentang isu pelaburan Tawas yang dilihat hanya sebagai umpan politik (sila klik sini).
Hakikatnya, Tawas adalah pembohongan maha dahsyat yang dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinan pakatan haram terhadap rakyat Selangor. Kerajaan yang baik akan menepati janji dan tidak tipu rakyatnya.
Sumber Team Media Selangor
↧
↧
Wang Derma Pas Disalahgunakan Pemimpin Tertinggi Parti?
Wak pernah menulis sebelum ini mengenai wang derma yang diberikan penyokong Pas kepada pemimpin mereka. Wak cuma mempersoalkan mengenai wang itu yang tidak pernah diaudit dan diberikan kepada kepimpinan Pas yang sedia ada hidup bermewah-mewahan, sedangkan penyokong Pas yang menghulurkan derma tersebut pula terpaksa hidup dalam kekangan kewangan.
Selama ini kepimpinan Pas melaungkan bahawa derma yang diberikan merupakan wang untuk 'jihad' menentang UMNO seperti yang disebut dalam Amanat Hadi pada tahun 1981. Namun hakikatnya tiada sesiapa pun tahu, kemana wang tersebut digunakan?
Dan baru-baru ini apabila keluar video seks mirip seorang pemimpin tertinggi Pas dalam laman sosial, timbul kembali persoalan mengenai cara wang derma tersebut digunakan. Adakah wang tersebut benar-benar digunakan untuk mengerakkan jentera parti, ataupun mungkinkah wang tersebut sebenarnya digunakan 'kepuasan' pemimpin Pas.
Dan baru-baru ini apabila keluar video seks mirip seorang pemimpin tertinggi Pas dalam laman sosial, timbul kembali persoalan mengenai cara wang derma tersebut digunakan. Adakah wang tersebut benar-benar digunakan untuk mengerakkan jentera parti, ataupun mungkinkah wang tersebut sebenarnya digunakan 'kepuasan' pemimpin Pas.
Melihat dalam rakaman video seks mirip pemimpin tertinggi Pas itu, terdapat satu babak apabila 'pemimpin' tersebut mengeluarkan sejumlah wang daripada sampul surat untuk diberikan kepada 'perempuan' yang baru sahaja selesai dijimaknya. Maka pertanyaan pertama terlintas di fikiran Wak, wang dari mana yang diberikan kepada perempuan itu? Adakah wang persendirian ataupun wang hasil daripada 'upah' ceramahnya? Seandainya wang tersebut merupakan milik peribadi pemimpin berkenaan, mengapa pula wang itu disimpan di dalam sampul?
Persoalan begini seharusnya turut difikirkan sebahagian penyokong Pas memandangkan pemimpin yang didakwa berlakon dalam video tersebut mirip kepada pemimpin mereka. Dan seandainya sekian lama pemimpin Pas melaungkan mereka memerlukan sumbangan kerana ketiadaan dana, bagaimana pula pemimpin tersebut mampu mengeluarkan not-not wang untuk 'membayar' seorang perempuan pemuas nafsu?
Sekali lagi, Wak merasakan penyokong Pas harus menilai kembali derma yang mereka salurkan kepada kepimpinan mereka memandangkan tiada sebarang audit untuk menyatakan pecahan kegunaan wang tersebut. Seandainya kutipan derma tersebut tidak diaudit, maka dengan semudah-mudahnya pemimpin mereka mampu menggunakan wang tersebut ke jalan yang salah, waima jalan yang tidak diredhai Allah SWT.
Dan seandainya penyokong Pas memekakkan telinga dan membutakan mata untuk mempersoalkan wang derma yang mereka berikan, berkemungkinan wang tersebut disalahgunakan ke jalan dimurkai Allah, dan semestinya jelas bahawa penyokong Pas turut bertanggungjawab atas dosa tersebut. Maka sekali lagi, Wak pohon agar sama-sama penyokong Pas mula berfikir, kemanakah wang derma digunakan?
↧
Bonus RM300, Kerajaan Selangor Mendahului Pemberian Rasuah Pilihanraya
Pemberian bonus RM300 kepada penjawat awam di Selangor dan pemberian geran tanah kepada penduduk adalah rasuah politik dan jelas mempunyai agenda jahat untuk memancing undi.
Lebih memalukan, pengumuman itu dibuat selepas DUN Selangor dibubarkan. Ini bukti berlakunya salah guna kuasa oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.
Pemberian bonus pada bulan 4 adalah perkara yang luar biasa. Biasanya bonus diisytihar semasa Pembentangan Bajet Kerajaan Negeri pada akhir tahun.
Mungkin dari segi undang-undang tindakan itu tidak salah, namun pemberian bonus itu jelas adalah merupakan tindakan tidak bermoral lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya umum akan dayang.
Sebelum ini Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menuduh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Khalid dikatakan cuba membeli undi dengan memberikan bonus khas kepada penjawat awam dan geran tanah kepada penduduk.
Pengerusinya, Irene Fernandez mendakwa pemberian yang membabitkan wang rakyat itu dilakukan selepas pembubaran DUN Selangor.
DUN Selangor dibubar pada 3 April, manakala pengumuman bonus dan geran tanah dibuat pada 4 dan 5 April.
Khalid bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan bertegas perkara tersebut telah diputuskan sebelum Dun dibubar. Namun tiada bukti perkara itu (pemberian bonus) dibincangkan dalam DUN.
Sambil mengatakan ia bukan cubaan merasuah, Khalid memberitahu pemberian itu sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang membantu pentadbiran negeri, selain atas sebab ekonomi Selangor yang meningkat dengan jayanya.
Sumber Team Media Selangor
↧
Senarai Calon Barisan Nasional Selangor PRU 13
Berikut merupakan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Selangor yang telah diumumkan pada 16 April 2013.
P.092 SABAK BERNAM
- Mohd Fasiah Mohd Fakeh
* N.01 Sungai Air Tawar
- Kamarol Zaki Abdul Malik
* N.02 Sabak
- Abd Halim Udin
P.093 SG. BESAR
- Dato' Noriah Kasnon
* N.03 Sg Panjang
- Budiman Mohd Zohdi
* N.04 Sekinchan
P.094 HULU SELANGOR
- P. Kamalanathan
* N.05 Hulu Bernam
- Dato' Rosni Sohar
* N.06 Kuala Kubu Baharu
- Jessie Ooi
* N.07 Batang Kali
- Mat Nadzari Ahmad Dahlan
P.095 TANJUNG KARANG
- Dato' Seri Noh Omar
* N.08 Sg. Burong
- Dato' Shamsuddin Lias
* N.09 Permatang
- Sulaiman Abd Razak
P.096 KUALA SELANGOR
- Datuk Irmohizam Ibrahim
* N.10 Bukit Melawati
- Jakiran Jacomah
* N.11 Ijok
- K. Parthiban
* N.12 Jeram
- Dato' Amiruddin Setro
P.097 SELAYANG
- Dato' Donald Lim Siang Chai
* N.13 Kuang
- Abdul Shukur Idrus
* N.14 Rawang
- Lee Li Yew
* N.15 Taman Templer
- Dato' Seri Subahan Kamal
P.098 GOMBAK
- Datuk Dr. Rahman Ismail
* N.16 Batu Caves
- Rawichandran a/l Narayanan
* N.17 Gombak Setia
- Datuk Said Anuar Said Ahmad
* N.18 Hulu Kelang
- Abdul Rahim Kamarudin
P.099 AMPANG
- Dr. Rozaidah Talib
* N.19 Bukit Antarabangsa
- Mohamad Nadzim Ibrahim
* N.20 Lembah Jaya
- Dato' Baderisham Jolly
P.100 PANDAN
- Gary Lim Chin Yee
* N.21 Chempaka
- Muhammad Faizal Sufar
* N.22 Teratai
- Liew Pok Boon
P.101 HULU LANGAT
- Adzhaliza Mohd Nor
* N.23 Dusun Tua
- Ismail Sani
* N.24 Semenyih
- Dato' Johan Abd Aziz
* N.25 Kajang
- Lee Ban Seng
P.102 SERDANG
- Dato' Yap Pian Hon
* N.26 Bangi
- Dato' Mohd Zaidi Md Zain
* N.27 Balakong
- Dato' Dr. Lai Kwong Choy
* N.28 Seri Kembangan
- Raymond Chin Toong Kang
P.103 PUCHONG
- Dato' Loo Yeng Peng
* N.29 Seri Serdang
- Mohamad Yusof Mohamed Yasin
* N.30 Kinrara
- Dr. Kow Cheong Wei
P.104 KELANA JAYA
- Loh Seng Kok
* N.31 Subang Jaya
- Gan Meng Foo
* N.32 Seri Setia
- Tengku Ridwan Tengku Mansor
P.105 PETALING JAYA SELATAN
- Sheah Kok Fah
* N.33 Taman Medan
- Dato' Dr. Wahab Ibrahim
* N.34 Bukit Gasing
- Juan Sei Chang
P.106 PETALING JAYA UTARA
- Chiew Hoon Ling
* N.35 Kampung Tunku
- Chong Seng Foo
* N.36 Damansara Utama
- Dato' Lim Choon Kim
P.107 SUBANG
- Prakash Rao a/l Appalanaidoo
* N.37 Bukit Lanjan
- Francis Chong Tuck Chiew
* N.38 Paya Jaras
- Dato' Ir. Muhd Bushro Mat Johor
* N.39 Kota Damansara
- Halimaton Saadiah Borhan
P.108 SHAH ALAM
- Dato' Zulkifli Noordin
* N.40 Kota Anggerik
- Mohd Yusof Din
* N.41 Batu Tiga
- Dato' Ahmad Nawawi Dato' M Zin
P.109 KAPAR
- Sakthivel
* N.42 Meru
- Sukaiman Ahmad
* N.43 Sementa
- Md Ghazali Mohd Amin
* N.44 Sungai Pinang
- Lee Chee Chun
* N.45 Selat Klang
- Faisal Yahya
P.110 KLANG
- Dato' Teh Kim Poo
* N.46 Pelabuhan Klang
- Dato' Nasaruddin Dato' Md Zin
* N.47 Pandamaran
- Dato' Dr. Ching Eu Boon
* N.48 Kota Alam Shah
- Datuk Maglin a/l Dennis D'Cruz
P.111 KOTA RAJA
- S. Murugesan
* N.49 Seri Andalas
- T. Mohan
* N.50 Sri Muda
- Mohd Abd Raof Mokhtar
P.112 KUALA LANGAT
- Kapt (B) Sharuddin Omar
* N.51 Sijangkang
- Zurihan Yusop
* N.52 Teluk Datuk
- Tan Cheng Kai
* N.53 Morib
- Hasiman Sidom
P.113 SEPANG
- Dato Seri Ir. Mohd Zin Mohamed
* N.54 Tanjong Sepat
- Nisman Yusof
* N.55 Dengkil
- Shahrum Dato' Mohd Sharif
* N.56 Sungai Pelek
- Ng Chok Sin
Sumber Team Media Selangor
↧
Dikejar Tidak Dapat, Dikendong Pula Keciciran
Selepas pengumuman nama-nama calon Barisan Nasional (BN) di beberapa negeri semalam, ternyata wujud gelombang tentangan daripada dalaman parti sendiri terhadap calon yang ditampilkan BN.
Pihak-pihak penentang memberi alasan bahawa calon ditampilkan kurang dikenali, tidak mendapat sokongan akar umbi dan pelbagai alasan lain untuk menghalalkan penguguran nama calon sebelum hari penamaan calon 20 April nanti.
Jelas gelombang sebegini bukan baru pertama kali berlaku, sebaliknya akan berulang setiap kali menjelang pilihanraya umum dalam mana-mana parti di negara ini.
Malah pembahagian kerusi antara komponen-komponen baik dalam Barisan Nasional ataupun dalam Pakatan Pembangkang pasti gagal memuaskan hati sebahagian pihak yang merasakan mereka lebih berkelayakan, namun tidak dipilih oleh parti.
Adakah perebutan kerusi ini merupakan bukti bahawa sebahagian besar pemimpin ini tidak berjiwa besar sebaliknya hanya mengejar jawatan demi kepentingan peribadi?
Seandainya setiap pemimpin mendakwa bekerja untuk rakyat, mengapa perlu berantakan andai tidak terpilih menjadi calon?
Terimalah dengan redha ketetapan kepimpinan parti masing-masing memandangkan keutamaan ketika ini adalah untuk memastikan nasib rakyat terus dibela tanpa mengira sesiapa pun pemimpin mereka nanti.
Namun pergeseran itu bakal menyebabkan rakyat semakin hilang kepercayaan kepada kekuatan sesebuah parti, apatah lagi dalam keadaan begini keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional masih belum pulih sepenuhnya.
Kepincangan ini kemudian akan membawa kepada wujudnya budaya 'cah keting' yang jelas bukan budaya politik sihat.
Sudah masanya kepimpinan BN tidak mengikut sikap ditonjolkan kalangan pimpinan Pakatan Pembangkang memandangkan sebilangan besar kepimpinan Pembangkang merupakan kelompok kecewa yang keluar meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional demi melempiaskan nafsu sendiri.
Sudah masanya kita menganggap bahawa segala yang berlaku dalam pemilihan calon ini merupakan ketetapan Allah SWT dan menerima secara berlapang dada.
Kita perlu bersedia untuk bekerja demi parti tanpa mengira segala keringat ataupun usaha kita dinilai kepimpinan parti atau tidak, sebaliknya sentiasa mengingati diri bahawa segala perbuatan baik kita di dunia ini akan dinilai dan diadili seadil-adilnya oleh Allah SWT.
Sekarang adalah masanya untuk kita sama-sama perkukuhkan jentera BN demi memastikan maruah Barisan Nasional yang telah dicalarkan dalam Pilihanraya Umum lalu mampu diperbaiki dan dikembalikan. Tumpukan kepada kerja yang lebih utama, jangan nanti dikejar tidak dapat, dikendong pula berciciran.
↧
↧
Zulkifli Nordin, Khalid Samad, Kalimah Allah Dan...
Pertembungan Zulkifli Nordin mewakili Barisan Nasional dan Khalid Samad, PAS di kerusi Parlimen Shah Alam bakal menarik perhatian banyak pihak termasuk penganalisa politik negara memandangkan Zulkifli dilihat seteru yang ampuh untuk menewaskan Khalid.
Zulkifli dalam pilihanraya umum lalu bertanding atas kerusi PKR, namun disingkirkan daripada barisan kepimpinan pembangkang setelah berlaku pergolakan dalaman Pakatan Pembangkang berkaitan isu kalimah Allah apabila Zulkifli tetap mempertahankan pandangannya bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan orang bukan Islam, sebaliknya kepimpinan tertinggi pembangkang berpandangan sebaliknya.
Zulkifli dalam pilihanraya umum lalu bertanding atas kerusi PKR, namun disingkirkan daripada barisan kepimpinan pembangkang setelah berlaku pergolakan dalaman Pakatan Pembangkang berkaitan isu kalimah Allah apabila Zulkifli tetap mempertahankan pandangannya bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan orang bukan Islam, sebaliknya kepimpinan tertinggi pembangkang berpandangan sebaliknya.
Manakala Khalid pula berada dalam kelompok pendokong idea bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam atas alasan orang bukan Islam di tanah Arab juga menggunakan perkataan Allah untuk mewakili tuhan.
Pertembungan dua nama yang cukup gah dalam arena politik Malaysia ini pasti akan menimbulkan beberapa polemik, sementelaah pula pencalonan Zulkifli mewakili BN kini kedengaran ditolak sebahagian penyokong UMNO di Shah Alam sendiri, manakala Khalid pula ditolak sebahagian penyokong Pas di kawasan yang sama atas pelbagai faktor.
Zulkifli dilihat sebahagian penyokong UMNO sebagai bukan calon pilihan memandangkan beliau dianggap sebagai 'orang luar' yang menumpang di kerusi Shah Alam, manakala beberapa video lama Zulkifli Nordin semasa dalam Pakatan Pembangkang kini digunakan sebagai senjata oleh pejuang siber pembangkang untuk menjatuhkan beliau.
Zulkifli dilihat sebahagian penyokong UMNO sebagai bukan calon pilihan memandangkan beliau dianggap sebagai 'orang luar' yang menumpang di kerusi Shah Alam, manakala beberapa video lama Zulkifli Nordin semasa dalam Pakatan Pembangkang kini digunakan sebagai senjata oleh pejuang siber pembangkang untuk menjatuhkan beliau.
Sebaliknya berbeza pula masalah dengan Khalid Samad yang didakwa sebahagian penyokong Pas Shah Alam sebagai pemimpin yang pemalas dan tidak mempedulikan nasib rakyat.
Malah sebahagian penyokong Pas Shah Alam menyebut beberapa nama yang lebih berkelayakan untuk bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam berbanding Khalid yang dilihat hanya pandai berkata-kata, namun kurang mapan dari segi pelaksanaan gerak kerja.
Walau apa-apa pun, kerusi Parlimen Shah Alam menjadikan antara kerusi panas kerana akan memperlihatkan pertembungan bukan sahaja antara dua politikus popular, tetapi juga melihatkan pertembungan antara idea mengenai kalimah Allah, sama ada boleh digadaikan kepada orang bukan Islam atau sebaliknya.
↧
Video Skandal Dr Dzulkefli Ahmad, Pemimpin Pas Selangor Pula Tersebar?
Anda saksikan sendiri dan nilai, pemimpin beginikah yang mahu dijadikan pemimpin umat Islam dan orang Melayu?
↧
Barisan Nasional Selangor Wajar Tumpu Aspek Pelaksanaan AkuJanji BN Selangor
Bercakap mengenai AkuJanji Barisan Nasional Selangor ternyata merupakan antara manifestasi paling manis sepanjang Barisan Nasional bertanding di negeri ini. AkuJanji BN yang dibentangkan malam tadi meliputi tujuh teras utama termasuk;
1. Masa depan lebih cerah
2. Masyarakat lebih prihatin
3. Kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera
4. Perumahan mampu milik
5. Selangor lebih inovatif
6. Selangor lebih progresif
Malah AkuJanji BN ini ternyata menumpukan kepada setiap golongan tanpa mengira sesiapa juga mereka, waima anak kecil turut mendapat manfaat daripada AkuJanji BN ini.
Namun dalam banyak perkara, Barisan Nasional Selangor harus melihat kepada aspek pelaksanaan terlebih dahulu memandangkan sebelum ini, beberapa pendekatan kerajaan gagal sampai kepada rakyat kerana kelemahan dalam pelaksanaan.
Sama ada pelaksanaan di peringkat negeri, peringkat daerah, mukim ataupun zon wajar diperkasakan untuk memastikan setiap perancangan dalam AkuJanji BN ini nanti dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan lancar.
Maka seharusnya kepimpinan Barisan Nasional Selangor turut melihat kelemahan yang wujud dan bersedia dengan beberapa perancangan agar AkuJanji BN ini mampu diterjemah dengan lebih berkesan.
Maka seharusnya kepimpinan Barisan Nasional Selangor turut melihat kelemahan yang wujud dan bersedia dengan beberapa perancangan agar AkuJanji BN ini mampu diterjemah dengan lebih berkesan.
Sementelaah itu, kepimpinan Barisan Nasional Selangor perlu bekerja lebih keras untuk memastikan agar BN kembali menawan Selangor terlebih dahulu, agar AkuJanji ini bukan tinggal hanya sebagai "janji", sebaliknya turut diterjemahkan dalam realiti.
↧